Sahabat International Travel Sdn Bhd beroperasi secara profesional sejak awal 2025, Sahabat International Travel Sdn Bhd komited untuk menjadi penyedia perkhidmatan pelancongan yang komprehensif, dipercayai, dan berinovasi. Bermula dengan cita-cita bersama antara beberapa orang sahabat yang ingin meneruskan usaha dan minat dalam bidang pelancongan, kami kini telah berkembang menjadi agensi pelancongan sehenti yang mengkhusus dalam pelbagai jenis perjalanan untuk memenuhi keperluan individu, keluarga, dan korporat.
Kami adalah sebuah agensi pelancongan Muslim yang berdaftar dan berpangkalan di Shah Alam, Selangor. Kami menyediakan pelbagai perkhidmatan pelancongan domestik dan antarabangsa termasuk Umrah, Muslim Tour, Percutian Korporat, Keluarga, Syarikat dan MICE.
Kami percaya bahawa setiap perjalanan bukan sekadar destinasi, tetapi sebuah perjalanan membina hubungan, pengalaman dan nilai kehidupan.
Di Sahabat Travel, kami bukan sekadar menjual pakej pelancongan; kami berjanji untuk 'Creating Journey, Building Bonds'.
Misi kami dalam 'Creating Journey' adalah untuk merancang setiap detik perjalanan suci Anda dengan teliti, berlandaskan amanah dan profesionalisme.
Apa yang benar-benar membezakan kami adalah semangat kami dalam 'Building Bonds'. Kami ingin membina ikatan persahabatan dengan Anda, antara Anda dengan para jemaah lain, dan yang paling utama, mengeratkan hubungan rohani Anda dengan Yang Maha Esa.
"Biarlah kami menjadi 'sahabat' dalam perjalanan suci Anda."
Menjadi PENGENDALI UTAMA dalam pelancongan antarabangsa berteraskan gaya hidup Muslim dan menghubungkan dunia dengan nilai Islam sebelum 2035.